Sunday, 24 November 2013

PANDUAN MENDIDIK ANAK DALAM ISLAM



1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Friday, 22 November 2013

DOA - DOA YANG BOLEH DIAMALKAN SELEPAS SOLAT

Kita sememangnya akan berdoa selepas solat untuk meminta bantuan daripada Allah. Insyaallah Allah akan tunaikan apa yang kita minta tetapi bukan sekelip mata ianya datang tanpa kita sedari dan rasai. Di bawah ini ialah erti doa selepas solat yang meminta dengan penuh usaha dan merayu dengan baik kepada Allah.

1.Ertinya: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang segala puji bagi Allah Tuhan Yang Mentadbir seluruh alam. Pujian yang melengkapi nikmat-Nya, dan pujian yang menambahkan kelebihan-Nya, wahai Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian sebagaimana patut kerana kebesaran zatMu dan agung kekuasaanMu” 
2.Ertinya: “Ya Allah! Tolonglah kami supaya ingat kepadaMu, syukur kepadaMu dan elok ibadah kepadaMu.” 
3.Ertinya: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan. Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.” 
4. Ertinya: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah, Tuhan Pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu juga ke atas keluarga serta sahabat baginda kesemuanya. Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMulah kami pertaruh agama kami. Ahli keluarga kami, harta-harta kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu di dalam pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang mempunyai kedengkian dan yang mempunyai kejahatan. Sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu itu Maha Berkuasa.” 
5. Ertinya: “Ya Allah! Perbaikilah perdamaian kami dan lembutkan antara hati-hati kami dan tunjukkan kami jalan keselamatan dan lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan samada yang terang atau yang tersembunyi. Ya Allah, berkatilah pada pendengaran dan penglihatan kami dan hati-hati kami dan isteri kami dan keturunan kami dan berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau Maha Memberi taubat lagi Maha Penyayang dan jadikanlah kami syukur di atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberianMu menerima dengan pemberian akan nikmatMu dan sempurnakan nikmatMu ke atas kami.” 
6. Ertinya : “Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan dunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara kami daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kita, Nabi Muhammad (S.A.W) ke atas keluarga dan para sahabat semuanya. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai sifat kemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan. Dan, kesejahteraan ke atas segala Rasul dan segala puji semata-mata untuk Allah yang memerintah sekelian alam.”

Wednesday, 13 November 2013

FADHILAT YASSIN

1. Daripada Anas Bin Malik r.a katanya: Bersabda Nabi SAW: Sesungguhnya bagisetiap sesuatu ada hatinya dan hati Al - Quran itu ialah surah Yassin, sesiapa yang membaca surah Yassin sekali, maka Allah catatkan baginya sepuluh kali bacaan Al - Quran (Riwayat Al - Tirmidzi).

2. Sesiapa yang membaca Al - Quran akan mendapat ganjaran sebanyak sepuluh kebaikan bagi setiap hurufnya, ganjaran yang sama diperoleh sesiapa yang membaca surah Yassin.

3. Di hari akhirat kelak, syurga ditentukan berdasarkan hafalan ayat Al -Quran. Oleh itu, jika kita sentiasa membaca surah Yassin, kita berpeluang untuk menghafalnya.

4. Majlis bacaan surah Yassin ialah majlis yang dilimpahi dengan pahala. Kita bukan sahaja akan memperoleh pahala membaca Yassin, malah turut memperoleh pahala mengeratkan silaturahim kerana menganjurkan majlis tersebut.

5. Majlis bacaan Yassin akan mendapat naungan daripada malaikat dan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

6. Jika seseorang itu menghadiri majlis bacaan Yassin atas jemputan atau anjuran kita, maka kita turut mendapat pahala bacaan Yassin di majlis tersebut.

7. Jika kefahaman dan kesedaran membaca Al - Quran disebabkan didikan ibu bapa kita, maka mereka juga akan mendapat ganjaran yang sama meskipun kita tidak pernah berniat untuk menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada mereka.

8. Jika seseorang membaca Yassin pada malam Jumaat maka ia dapat ganjaran dan diampuni dosanya, telah bersabda Nabi SAW: barangsiapa membaca Yassin pada malam hari maka esoknya diampuni Allah dosanya dan sabda Nabi SAW, sesiapa yang menziarahi kubur kemudian membacakan Yassin maka ia dapat meringankan seksa ahli kubur tersebut dan mendapat pahala orang yang membaca itu sama dengan pahala kebajikan ahli kubur itu. 

Saturday, 2 November 2013

CARA MENENANGKAN JIWA

AL QURAN DAN DOA UNTUK PERUBATAN Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar untuk penyakit fizikal dan mental. Tiap-tiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah penawar kepada sesuatu penyakit, dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadanya. AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR antaranya : -

1. Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.”
2. Di dalam Surah Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman “Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran. CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR

- Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawarnya di dalam Al-Quran, contohnya : - 

1. Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah, slip disc, sakit tulang belakang)
2. Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil. 
3. Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang. 
4. Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks. 
5. Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang). Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.
6. Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah, Surah An-Naml khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi. 
7. Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki. 
8. Surah Maryam, Ambiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan. 
9. Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit. 
10Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness". 

CARA PERUBATAN ISLAM SEBENAR 
- Tidak menggunakan hikmat makhluk halus (sama ada jin Islam, khadam, syaitan atau iblis) dan tidak juga menggunakan sebarang perantaraan. Ianya berdasarkan kepada 3 amalan utama iaitu : -
1. Amalan Bacaan Al-Quran
2. Berdoa memohon kepada Allah (SWT) 
3. Memperbanyakkan Zikir (Laila hail’lallah) AYAT AL-QURAN SEBAGAI GANTIAN KEPADA UBAT- Setiap ayat-ayat Al-Quran yang diberikan kepada pesakit untuk mereka amalkan diibaratkan sebagai ubat, dan air yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat itu ke dalam badan dan jiwa pesakit itu. Sebagai perumpamaan, tatkala kita sakit demam, kita ambil pil panadol. Pil panadol tersebut adalah ubat dan air yang diminum sewaktu memakannya adalah untuk menyerapkan ubat panadol itu ke dalam badan atau darah kita agar kita beransur sihat. Sama dengan ayat Al-Quran yang dibaca, ia adalah gantian kepada ubat, dan air yg diminum ialah untuk menyerapkan ayat Al-Quran itu ke dalam badan dan jiwa kita. KEHEBATAN DAN MUKJIZAT AL-QURAN- Memang benar, perubatan sebegini kadang-kadang tidak ada logiknya dan adakalanya susah untuk diterima oleh akal fikiran manusia. Apatah lagi, bila dianalisakan kaitan sesuatu surah dan ayat-ayat Al-Quran dengan sesuatu jenis penyakit. Apabila dibaca terjemahannya pula, ayat-ayat Al-Quran tersebut tiada menggambarkan kaitan secara langsung dengan penyakit yang dialami. Tapi, inilah kehebatan dan mukjizat Al-Quran! Sebaliknya, perubatan moden berasaskan kepada logik dan “reasoning”, dan dengan ini lebih mudah diterimapakai oleh para pesakit (seperti macam mana antibiotics dapat menandingi virus atau bakteria yang menjadi punca kepada sesuatu penyakit, atau pain-killer seperti ubat panadol atau ponstan dapat mengurangkan kesakitan seseorang). 

Sebagai contoh : - 
1. Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi bila kita membaca terjemahan ayat tersebut, ia tiada kaitan dengan ubat tahan sakit, ini adalah kehebatan Al Quran. 
2. Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit. 
3. Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 untuk penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf (nerve). Kalau dibaca terjemahan ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf. 
4. Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah. 
5. Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan. PENYAKIT KRITIKAL (Kanser) - Ramai juga pesakit yang mengidap sakit kanser yang telah sembuh (dengan keizinan dan keberkatan dari Allah SWT) dengan mengamalkan ayat-ayat ini. Ada seorang pesakit yang telah pasti menghidap penyakit fibroid dalam rahim oleh doktor perubatan dan dapat dilihat fibroidnya melalui x-ray/scan machine tetapi setelah mengamal bacaan ayat-ayat ini, fibroidnya tak ada lagi di dalam rahim dan ini disahkan oleh doktor perubatan melalui x-ray/scan. Ini bukanlah satu 'magic' tetapi dengan keizinan Allah fibroid itu keluar melalui darah haid. 

PEMBEDAHAN CARA BATIN
Ada jenis-jenis penyakit yang perlu diubati melalui pembedahan cara batin. Pembedahan cara batin ini dilakukan tidak menggunakan pisau dan sebagainya, tetapi dilakukan secara simbolik. Contohnya ialah pembedahan untuk penyakit saluran darah yang tersumbat (blockage). Pembedahan ini dilakukan secara simbolik dan apabila pesakit itu mengamalkan ayat-ayat seperti di dalam Surah Al Israa', saluran darah yang tersumbat itu dengan sendirinya (dengan keizinan Allah SWT) sembuh seperti sediakala dan pesakit tak perlu membuat “by-pass operation”. 

PENYAKIT ROHANI (SPRITUAL ILLNESS)
Surah dan ayat-ayat Al-Quran ini bukan sahaja dapat mengubati sakit-sakit fizikal (seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kidney failure, saluran darah tersumbat) malahan ianya lebih berkesan mengubati penyakit-penyakit rohani yang disebabkan oleh jin, syaitan dan iblis (seperti ilmu sihir dan racun santau). 

Sebagai contoh: - 
1. Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, dan ayat 244 hingga 255 adalah ayat pendinding kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan. 
2. Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 28 hingga 44, ayat-ayat di dalam Surah Taha, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura sungguh berkesan dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia. 
3. Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135 adalah ayat "penyejuk" iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau "moody" tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati 

PENYAKIT GANGGUAN MAKHLUK HALUS 
Penyakit-penyakit gangguan selalunya disebabkan oleh kemasukan jin, syaitan atau iblis ke dalam tubuh badan manusia. Apabila jin memasuki ke dalam badan manusa, ia selalu nya berada di dalam otak dan di tulang belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf kita. Melalui otak dan urat saraf, jin akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu ada sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosinya mereka terganggu, dan kadang-kadang “anxiety level” mereka sangat tinggi. Selalunya mereka rasa sakit di bahagian pinggang, tengkuk, bahu dan sendi-sendi. Bila fikiran mereka terganggu, ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau “depression”. Apabila seseorang itu telah dimasuki jin atau makhluk halus, ia perlu terlebih dahulu dikeluarkan atau dimusnahkan (dengan izin Allah SWT). Keupayaan mengeluarkan atau memusnahkan jin, makhlus halus, racun sihir dan santau ini perlu dipelajari dan ia suatu keupayaan yang diberikan oleh Allah SWT. Apabila makhluk halus itu telah dikeluarkan atau dimusnahkan, ia disusuli dengan doa oleh pesakit dan amalan bacaan ayat-ayat Al-Quran seperti ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Surah Asy Syu'araa, Surah Arrad, Surah Taha, Surah Fussilat, dll. GANGUAN SIHIR

Ada banyak jenis ganguan sihir. 

Sebagai contoh : - 
1. Ilmu hitam ialah sihir yang boleh melemahkan tenaga batin seseorang. Ramai pasangan suami isteri yang dikenakan sihir atas tujuan untuk meruntuhkan rumah-tangga mereka. Ramai penyihir menggunakan jin untuk mengawal pemikiran dan nafsu syahwat seseorang. Dari situ jin itu akan merosakkan urat saraf di tulang belakang seseorang itu melemahkan tenaga batinnya dan juga mempengaruhi pemikiran dan emosi suami dan isteri supaya mereka tidak sehaluan. Santau adalah sejenis racun sihir dan boleh dimasukkan ke dalam badan sesaorang itu melalui jin atau melalui makanan.

DOA PENERANG HATI



Doa Penerang Hati 1 - Dalam Ejaan Rumi
"ALLAAHUMMA AKHRIJNII MIN DHULUMAATIL WAHMI WA AKRIMNII BI NUURILFAHMI, WAFTAHLII ABWAA BAL 'ILMI, WA ZAY-YINII BIL AKHLAAKIL HASANAATI WAL HILMI. ALLAAHUMMA NAWWIR QALBII BINUURI HIEAYAATIKA KAMAA NAW-WARTAS SAMAWAATI WAL ARDLA ABADAN ABADAA BIRAHMATIKA YAA ARHAMAR RAAHIMIN.

Maksud Doa Penerang Hati 1:
"Ya Allah, keluarkan aku dari kegelapan ragu-ragu, kurniailah aku dengan sinaran kefahaman, bukakanlah bagiku pintu ilmu, dan hiasilah aku dengan akhlak yang baik dan kasih sayang. Ya Allah sinarilah hatiku dengan cahaya hidayahMU seperti Engkau menerangi bumi dam langit dengan rahmatMU Ya Allah Yang Maha Kasih Sayang.



Doa Penerang Hati 2 - Dalam Ejaan Rumi
"ALLAAHUMMA INNII AS ALUKA FI'LALKHAIRAATI WATARKAL MUNKARAATI WA HUBBAL MASAAKINI WA ANTAGHFIRALII WA TARHAMANI WA IDZA ARADTA BI QAUMIN FITNATAN FA TAWAFFAANII GHAIRAMAFTUUN WA AS ALUKA HUBBAKA WA HUBBA MAN YUHIBBUKA WA HUBBA AMALIN YU QARRIBU NII ILAA HUBBIKA"


Maksud Doa Penerang Hati 2:
‎"Ya Allah, aku mohon kepadaMU terbuka hati untuk berbuat kebajikan dan menjauhi kemungkaran. Menyukai orang-orang mukmin dan mengharapkan kasih sayangMU dan keampunanMU. Apabila Engkau menimpakam sesuatu ujian kepada satu golongan ummat, maka hindarkanlah aku dari tertimpa ujian itu. Aku memohon Kasih SayangMU dan kasih sayang kepada orang-orang yang suka kepadaMU dan menyukai orang yang mendekatkam dirinya kepadaMU"




Doa Lain
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH

Sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadan akan dijanjikan pahala yang amat besar daripada Allah. Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab , "Orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan seperti berikut:


Malam pertama
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.

Malam kedua
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam ketiga
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu '.

Malam keempat
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam kelima
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.

Malam keenam
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam ketujuh
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman.

Malam kelapan
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam kesembilan
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

Malam kesepuluh
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam kesebelas
Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.

Malam kedua belas
Muka bercahaya di hari Kiamat.

Malam ketiga belas
Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.

Malam keempat belas
Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

Malam kelima belas
Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.

Malam keenam belas
Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

Malam ketujuh belas
Diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas
Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.

Malam kesembilan belas
Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

Malam kedua puluh
Diberi pahala para syuhada dan solihin.

Malam dua puluh satu
Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam ke dua puluh dua
Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam kedua puluh tiga
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empat
Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh lima
Dihapuskan dari seksa kubur.

Malam kedua puluh enam
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh
Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan
Allah mengangkat dengan seribu darjat.

Malam kedua puluh sembilan
Seperti pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh
Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI.

Saturday, 26 October 2013

DOA DAN ZIKIR MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH




١) عن أبى موسى قال: كُنَّا مَعَ النِِّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِى سَفَرٍ ، فَجَعَلَ النَّاسُ يَجْهَرُوْنَ بِالتكْبِيْرِ وَالتَّهْلِيْلِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أيُّهَا النَّاسُ ارْبَعُوا عَلىَ أنْفُسِكُمْ إِنَّكُمْ لاَ تَدْعُوْنَ أصَمَّ وَلاَ غَائِبًا ، إِنَّكُمْ تَدْعُوْنَ سَمِيْعًا قَرِيْبًا ، وَهُوَ مَعَكُمْ
(رواه مسلم)
٢) عن سَعْدِ بْنِ أَبِى وَقَّاص فَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: خَيْرُ الذِّكْرِ الخَفِيُّ وَخَيْرُ الرِّزْقِ مَا يَكْفِى
(رواه أحمد وابن حبان)
Terjemahan:
1.Daripada Abi Musa (ra), katanya: Kami pernah bersama Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) dalam satu perjalanan (safar), lalu manusia (para sahabat) bertakbir (Allahu Akbar) dan bertahlil (Laa Ilahaa Illal Laah) dengan suara keras, maka Nabi (sallallahu alaihi wasalam) pun bersabda:
“Rendahkanlah suara kamu! Sesungguhnya kamu tidak berdoa (memohon) kepada yang pekak dan tidak pula kepada yang jauh. Sesungguhnya kamu memohon kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat, dan Dia senantiasa bersama kamu”.
[HR Muslim]
2.Daripada Sa’ad Bin Abi Waqqas (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam):
“Sebaik zikir ialah perlahan-lahan, dan sebaik-baik rezki ialah apa yang mencukupi”.
[HR Ahmad, Ibnu Hibban – Sahih]
Muqaddimah:
Doa dan zikir adalah termasuk jenis ibadah khusus yang sangat penting. Oleh sebab itu agar kedua-duanya sempurna dan diterima oleh Allah maka kita mestilah melakukannya dengan ikhlas dan mengikuti cara yang telah diajar oleh Rasulullah.
Bagi kita yang berfahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah akan akur dan setuju selalu dengan segala bimbingan dan cara beramal yang datang daripada Allah (Al-Quran) dan RasulNya (Sunnah). Betapa tidak! Bukankah doa dan zikir kita panjatkan kepada Allah? Bukankah cara zikir dan doa Rasulullah yang paling baik dan sempurna? Apalagi menurut kaedah Ushul:
الأَصْلُ فِى العِبَادَةِ حَرَامٌ إِلاَّ مَا أَمَرَهَا اللهُ وَرَسُوْلُهُ
“Hukum asal dalam ibadah adalah haram (dilarang) kecuali apa yang disuruh oleh Allah dan RasulNya”.
Jadi, kaedah ini mengajar kita agar beribadah hendaklah berasaskan dalil Al-Quran dan Al-Hadis, bukan berasaskan apa yang orang ramai amalkan. Bagi kita pengikut Ahlus Sunnah Wal Jamaah, hanya Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) saja manusia yang mempunyai autoriti (kuasa) untuk menentukan bagaimana cara beribadah yang betul kepada Allah SWT sebab hanya beliau yang mendapat bimbingan langsung daripadaNya melalui wahyu.
Berdoa Dan Berzikir Hendaklah Dengan Suara Lunak (Lembut):
Selain hadis-hadis di atas, juga banyak ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh kita agar berdoa dan berzikir dengan suara lunak dan melarang kita melakukannya dengan suara keras dan lantang. Di antara ayat-ayat tersebut ialah:
ادْعُواْ رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
Artinya: Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
(Al-A’raaf 7:55)
وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعاً وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلاَ تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ
Artinya: Dan berzikirlah (sebutlah nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.
(Al-A’raaf 7:205)
Menurut Imam Al-Maraghi dalam tafsirnya (Juz: 7-9, hal 175-176):
“Ayat-ayat di atas seolah-olah memberi gambaran kepada kita bahwa berdoa dan berzikir dengan suara lunak, walaupun hukumnya bukan wajib tetapi paling kurang hukumnya adalah sunat (mandub), ini berdasarkan beberapa dalil:
1. Allah SWT memuji sikap NabiNya Zakaria ketika beliau berdoa: “iaitu ketika ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut” (Maryam :3).
2. Berdasarkan beberapa hadis sahih daripada Abi Musa dan Sa’ad Bin Abi Waqqas (Lihat dua hadis bab di atas).
3. Jiwa manusia sanagat cenderong kepada riyak dan sum’ah. Jika suara ditinggikan ketika berzikir dan berdoa maka akan segera muncul sifat tercela itu, dan akhirnya musnahlah amalannya tanpa faedah. Oleh itu adalah lebih afdhal jika dilakukan dengan suara lunak agar terhindar daripada riyak dan sum’ah.
Berzikir Dan Berdoa Dengan Suara Sederhana:
Yang dimaksudkan berzikir dan berdoa dengan suara lunak di sini bukan pula bermakna sampai tidak bersuara langsung. Ibnu Abbas berkata: Maksud ayat: “Dan dengan tidak mengeraskan suara” (Al-A’raaf :205) ialah hendaklah ia berzikir kepada Allah sekira-kira dapat didengar oleh telinganya sendiri (Gharaaib Al-Quran Jld. 7-9, hal 111).
Sebahagian utama pula membagi doa dan zikir berdasarkan keadaan. Kata mereka:
“Berzikir dengan suara yang sederhana kuatnya adalah baik sekiranya orang tersebut sedang bersendirian (Khalwat) dan terlindung dari pandangan orang ramai dan mereka tidak mendengar suara zikir dan do’anya ataupun kekerasan suaranya itu tidak sampai mengganggu ibadat dan munajat mereka kepada Allah. Adapun jika berzikir dan berdo’a bersama dengan orang ramai seperti di dalam masjid atau perhimpunan dan lain-lain maka yang paling baik adalah dengan suara yang lunak, kecuali terhadap zikir yang warid (datang) dari Nabi (sallallahu alaihi wasalam) agar dilakukan bersama-sama dan dengan suara yang keras seperti: Talbiyah ketika Haji dan Takbir Dua Hari Raya” (Lihat Al-Maraghy: Jilid 7-9, hal: 176).
Allah Tidak Suka Kepada Orang Yang Melampaui Batas:
Adalah sangat aneh dan ganjil jika seseorang mengharap redha dan kasih sayang Allah, mengharap agar doanya diterima oleh Allah tetapi ia sendiri melakukan perkara yang tidak disukai oleh Allah. Dalam ayat 55 Surah Al-A’raaf di atas:
Sesudah Allah membimbing kita agar memohon kepadaNya dengan suara lunak, lalu Allah menyatakan bahwa Dia tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan atau melampaui batasanNya.
Imam Al-Maraghy menjelaskan maksud ayat: “Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas” iaitu
Melampaui batas dalam berdoa mengandungi beberapa bentuk, antaranya:
1. Melampaui batas dalam lafaz (sebutan) dia, iaitu seperti mengeraskan suara ketika berdoa atau terlalu terikat dengan sajak-sajak pada setiap akhir bahagian doa dan dlsb.
2. Melampaui batas dalam makna doa, iaitu seperti memohon sesuatu yang nyata-nyata maksiat, mohon kaya tetapi tidak berusaha, memohon ampunan daripada Allah tetapi masih terus saja bergeliman maksiat, dlsb.
3. Melampaui batas dalam cara berdoa, iaitu seperti memohon kepada selain Allah, atau menggunakan perantaraan ketika berdoa kepada Allah dan menyebut nama wali-wali tertentu dan meyakini kononnya tanpa menyebut orang perantaraan tersebut doanya tidak akan makbul, dlsb
Kesimpulan:
1. Cara Berdoa dan berzikir yang paling tepat ialah sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah dan RasulNya.
2. Ahlus Sunnah Wal Jamaah akan senantiasa berusaha agar ibadah mereka bersesuaian dan tidak bercanggah dengan kehendak Al-Quran dan As-sunnah.
3. Berdoa dan berzikir (wirid) kuat yang dilakukan setelah solat berjamaah adalah bercanggah dengan kehendak ayat dan hadis, apalagi ia boleh mengganggu kekhusyu’an orang lain yang sedang beribadat.

Monday, 21 October 2013

DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Antara doa-doa yang boleh diamalkan semasa menghadapi peperiksaan adalah

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:


اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”


Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:


وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”


Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:



سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”


Doa memohon kejayaan cemerlang:


اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”