Friday 31 January 2014

JENIS-JENIS JIN & TUGASANNYA


PEMBAHAGIAN JIN 

Ibn Abid-Dunya di dalam kitabnya  “ مكائد الشيطان “ menyebut mengenai pembahagian jin ini dengan merujuk kepada sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abi Darda’ r.a :

خَلَقَ اللهُ تَعَالَى الجِنَّ ثَلَاثَةَ أَصْنَافٍ صِنْفٌ حَيَّاتٌ وَعَقَارِبُ وَحَشَائِشُ وَصِنْفُ كَالرِّيحِ فِى الْهَوَاءِ وَصِنْفٌ عَلَيْهِمُ الْحِسَابُ وَالْعِقَابُ

Maksudnya : “ Allah swt menciptakan jin tiga bahagian, satu bahagian ular, kala dan binatang melata di bumi, sebahagian yang lain akan dikenakan hisab dan diseksa.”

Di dalam hadis yang lain baginda Rasulullah saw bersabda :

الجِنُّ على ثَلَاثَةِ أَصْنَافٍ صِنْفٌ لَهُمْ أَجْنِحَةٌ يَطِيرُونَ في الهَوَاءِ وَصِنْفٌ حَيَّاتٌ وَكِلَابٌ وَصِنْفٌ يَحِلُّوْنَ وَيَظْعَنُوْنَ 

Maksudnya : “ Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari ( di udara ), satu golongan pula berbentuk ular dan anjing, manakala golongan yang ketiga ada yang tinggal setempat dan ada yang berpindah randah.”
( Riwayat al-Hakim di  dalam al-Mustadrak)

Ada ulama telah membahagikan jin ini kepada beberapa bahagian berdasarkan kepada bidang tugas dan kerja-kerjanya.


JENIS DAN TUGAS JIN

1. Jin  adalah suatu nama kepada satu-satu makhluk secara umum.

2. ‘Ifrit (عِفْرِيـتٌ ) adalah pgolongan jin tetapi mempunyai daya menipu, kekuatan yang luar biasa yang dianugerah kepadanya oleh Allah swt sebagaimana firman-Nya bermaksud :

"Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum Engkau bangun dari tempat dudukmu, dan Sesungguhnya Aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".(Surah al-Naml:39)

Perkataan ‘Ifrit hanya sekali sahaja yang disebut di dalam al-Quran.

3. Syaitan adalah ketua segala anasir yang mebuat kebinasaan, kafir, fasik, sombong, enggan sujud kepada Adam a.s dan dia dikutuk dan dilaknat.

4. Al-Marid (  المَارِد) sejenis jin juga dan lebih degil dan jahat.

Disebut di dalam al-Quran sebanyak tiga kali. Maksudnya :

"dan mereka (dengan Yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan Yang derhaka" (Surah al-Nisa’:117)

"Dan ada di antara manusia Yang membantah perkara-perkara Yang berhubung Dengan Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap Syaitan Yang telah sebati Dengan kejahatan."(Surah al-Hajj :3)

"Dan (Kami pelihara urusan langit itu) Dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan Yang derhaka;"(Surah al-Saffat :7)

5. Al-Awamir ( العَوَامِرِ) kerana ia lama tinggal di dalam rumah manusia. Mereka tinggal di rumah –rumah keluarga baik dan juga keluarga jahat. Mereka suka mengusik.
Baginda Rasulullah saw melarang kita daripada membunuh jin yang tinggal di rumah kita apabila ia menyerupai binatang seperti ular melainkan setelah diberi amaran sebanyak tiga kali. Kalau tidak keluar juga bolehlah dibunuh dan tidak berdosa.


Diriwayatkan satu sabda Rasulullah saw daripada Abi Said al-Khudri :

إِنَّ بِالمَدِينَةِ نَفَرًا مِنَ الجِنَّ قَدْ أَسْلَمُوا فَمَنْ رَأَى شَيْئًا مِنْ جُنْدِهِ العَوَامِرِ فَلْيُؤَذِّنْ ثَلَاثًا فَإِن بَدَا لَهُ بَعْدُ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ

Maksudnya : Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah menganut agama Islam. Barang siapa yang melihat sesuatu daripada golongan Awamir ( jin yang tinggal di rumah ) maka hendaklah mengarahkan ia keluar ( sebanyak tiga kali ). Jika jin itu enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana ia adalah syaitan.


Oleh itu perlu kita ingat supaya tidak tergesa-tergesa membunuhnya sebagaimana sabda Rasulullah saw :

لَا تَقْتُلُوا الجِنَانَ إِلَّا كُلُّ أَبْتَرِ ذِي طَفِيَّتَيْنِ فَإِنَّهُ يُسْقِطُ الوَلَدَ وَيُذْهِبُ البَصَرَفَاقْتُلُوهُ

Maksudnya :  Jangan kamu membunuh jin melainkan setiap yang jahat yang suka melakukan kejahatan. Sesungguhnya ia menggugurkan kandungan anak ( dalam perut ) dan menghilangkan penglihatan oleh itu bunuhlah mereka.
   ( Riwayat Imam Bukhari )


Di dalam hadis yang lain :

اَلْحَيَّاتُ مَسْخُ الجِنَّ كَمَا مُسِخَت القِرَدَةُ وَالخَنَازِيزُ من بني إسرائيلَ

Maksudnya : “Ular itu adalah jin yang diubah bentuknya sebagaimana kera dan babi yang diubah daripada kaum Bani Israil yang ingkar.”( Riwayat al-Tabarani.Hadis Sahih )


6. Al-Arwah (  الأَرْوَاح) ialah sejenis jin yang suka mengganggu kanak-kanak. Mengenai nama al-Arwah ini, Ukasyah Abdul Mannan al-Taiyibi di dalam bukunya“ شياطين الإنس والجن “ tidak bersetuju dengan nama ini. Katanya setelah dikaji perkataan al-Arwah atau mufradnya (singular) roh di dalam al-Quran tidak terdapat makna jin atau syaitan tetapi merangkumi erti atau makna yang lain seperti :

"Dan Kami berikan Nabi Isa Ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan Dia Dengan Ruhul-Qudus (Jibril). "(Surah al-Baqarah : 253)
Maka roh di sini diterjemahkan sebagai Jibril.

"Wahai anak-anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum Yang kafir".(Surah Yusuf : 87)

Yang dimaksudkan di sini ialah rahmat Allah.
"Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta syurga kenikmatan."(Surah al-Waqi’ah :89) 

Roh di sini diterjemahkan sebagai kerehatan.

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".(Surah al-Isra’ :85)

Roh di sini adadalah makhluk sama ada roh manusia atau pun haiwan. Ataupun di dalam bahasa Melayu diterjemahkan sebagai nyawa.

"kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya ".(Surah al-Sad : 72)

Maka pengertian roh di sini adalah roh yang ditiupkan ke dalam jasad Adam iaitu nyawa.
Setelah kita lihat di dalam ayat-ayat yang disebutkan dan di dalam ayat-ayat yang lain ternyatalah tidak ada satu pun ayat yang mengatakan roh / arwah itu adalah jin.Sebagaimana diriwayatkan sabda Rasulullah saw :

لا تَسُبُّوا الرِّيحَ فَإِنَّها مِنْ رُوْحِ اللهِ

Maksudnya : Janganlah kamu menyumpah angin kerana ia adalah daripada rahmat Allah.
Juga diriwayatkan satu hadis :

عِيسَى عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ وَكَلِمَةُ اللهِ ورُوْحُهُ

Maksudnya : Isa adalah hamba Allah, rasulnya, kalimah dan kekasihnya.


Dan hadis :

إِنَّ رَسُول اللهِ لَعَنَ مَنِ اتَّخَذَ شَيْئاً فِيهِ رُوحٌ عَرَضاً

Maksudnya : Rasulullah melaknat barang siapa yang mengambil sesuatu yang ada padanya roh dengan sengaja memang tujuan sasarannya.


Dan diriwayatkan dalam hadis yang lain :

الأَرْوَاحُ جُنُودٌ مُجَنَّدَةٌ فَما تَعَارَفَ ائْتَلَفَ فَمَا تَنَاكَرَ اخْتَلَفَ

Maksudnya : Roh-roh adalah tentera yang diaturkan, apabila ia berkenalan, ia akan berbaik-
baik, apabila ia tidak sebati ia akan berkelahi.


PERINGATAN :
Perbincangan ini dipaarkan semata-mata sebagai penambah pengetahuan kerana terdapatnya pendapat ulama yang lain tentang istilah Arwah/roh ini.

Thursday 30 January 2014

ADAB MENJAGA FITRAH LELAKI & PEREMPUAN




·         ADAB  bermaksud        : Tingkahlaku atau Tuturkata yang halus dan bersopan
·         FITRAH  bermaksud     : Sifat Semulajadi sama ada Bakat, Perasaan atau 
                                                  Perasaan  Keagamaan.


·         ADAB MENJAGA FITRAH LELAKI ATAU PEREMPUAN  bermaksud :

           Menjaga tingkahlaku atau  tuturkata yang bersopan dan Menjaga sifat
           semulajadi sebagai seorang  lelaki atau perempuan berdasarkan Syariat Islam.


TUNTUTAN / HUKUM MENJAGA FITRAH KEJANTINAAN
Menjaga fitrah sebagai lelaki atau perempuan adalah Wajib. Islam melarang keras 
umatnya melanggar fitrah tersebut.


CONTOH PERBUATAN MENYALAHI FITRAH KEJANTINAAN
§  Lelaki memakai pakaian perempuan & Perempuan memakai pakaian lelaki.
§  Menukar jantina melalui pembedahan.
§  Lelaki meniru tingkahlaku / gaya perempuan dan sebaliknya
§  Lelaki meniru cara percakapan perempuan dan sebaliknya.
§  Mengadakan hubungan luar tabie antara lelaki dengan  lelaki(homoseksual,perempuan
dengan perempuan (lesbian)



AKIBAT &  BALASAN  MENYALAHI  FITRAH  KEJANTINAAN
AKIBAT DI DUNIA kepada individu:
¨       Di sisih oleh masyarakat
¨       Terkena penyakit berbahaya spt AIDS, Siplis
¨       Jiwa tidak tenang
¨       Kehidupan tidak diberkati Allah


Kepada masyarakat
¨       Maksiat berleluasa dalam masyarakat
¨       Masyarakat tidak diberkati dan dirahmati Allah

BALASAN DI AKHIRAT
¨       Dilaknati oleh Allah SWT
¨       Dilaknati oleh Rasulullah saw nabi tidak akan mengaku umatnya



ADAB BERGAUL



Sesama Lelaki
·         Menjaga batas aurat – Di antara pusat hingga lutut
·         Mengelakkan perkara yang boleh mendorong kepada kecenderungan syahwat lelaki dengan lelaki.
·         Menjauhi perbuatan  yang dilarang oleh syarak seperti liwat
·         Saling hormat menghormati


Sesama Perempuan
o    Menjaga batas aurat sesama wanita Islam dan dgn wanita kafir
o    Mengelakkan perkara yang boleh mendorong kpd kecenderungan syahwat perempuan kepada perempuan
o    Menjauhi perbuatan yg dilarang  syarak spt musahaqah (lesbian)
o    Menjaga sifat semulajadi  keperempuanan spr lemah-lembut


Lelaki dgn Perempuan
§  Menjaga cara berpakaian  dan  batas aurat
§  Tidak bergaul bebas  seperti berpegangan tangan ,berdua-dugaan dan lain lagi.
§  Menjaga pandangan dan nada suara ketika bercakap / berinteraksi
§  Menjaga perbualan daripada membincangkan perkara tidak  berfaedah seperti perkara lagha (melalaikan ) dan lucah.






BATAS  AURAT ( MENGIKUT  SYARAK )

Lelaki
  • Sesama lelaki
  • Dengan  perempuan mahram                   } Antara pusat hingga lutut
  • Dengan  perempuan ajnabi (asing)



Perempuan

Ø  Dengan lelaki ajnabi
Ø  Dengan perempuan kafir                              
                           


Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan                                              

Ø  Dengan lelaki mahram

Seluruh anggota kecuali bahagian yang biasa terdedah sahaja seperti kepala, tengkuk, tangan,tumit

Ø  Sesama perempuan

 Antara pusat hingga lutut






SEBAB BERLAKU PERBUATAN MENYALAHI FITRAH

HIKMAH MEMATUHI FITRAH LELAKI / PEREMPUAN

Ø  Lemah iman
Ø  Kurang penghayatan agama
Ø  Suka meniru budaya nagetif dari media cetak atau elektronik
Ø  Pergaulan bebas
Ø  Kurang keperihatinan ibubapa terhadap anak-anak yang mempunyai kecenderungan  kepada jantina lain

Ø  Hidup bermaruah
Ø  Dapat mengawal diri dari melakukan maksiat
Ø  Dapat membendung penyakit sosial dlm masyarakat
Ø  Hidup diredai dan diberkati Allah SWT






IKTIBAR DARI  KISAH KAUM NABI LUT A.S.

¨       Kaum Nabi Lut suka melakukan hubungan jenis ( homoseksual ).
¨       Suatu ketika Nabi lut didatangi dua malaikat yang menyerupai dua orang pemuda  rupawan.
¨       Sebaik kaumnya menyedari kedatangan tetamu tersebut, mereka menyerbu ke rumah Nabi  Lut  dgn berkata : “Wahai Lut, berikanlah tetamu itu pada kami”.Jawab Nabi Lutt:” Wahai Kaumku,aku mempunyai beberapa orang anak perempuan yang masih gadis,mereka lebih Layak bagi kamu,bertaqwalah kpd Allah,Janganlah mencemarkan namaku di hadapan  tetamuku .Apakah kamu tidak berakal”
¨       Mereka menjawab:” Sesungguhnya kamu telah mengetahui bahawa kami tidak mempunyai keinginan terhadap puteri-puterimu dan kamu tentu tahu apa yang kami kehendaki”
¨       Kaum Nabi Lut meneruskan perbuatan keji itu( liwat ) walaupun ditegah oleh Nabi Lut.
¨       Akhirnya Allah menurunkan bala’ dengan Membalikkan Bumi dan semuanya musnah  kecuali mereka yang beriman kepada Allah 




Sunday 5 January 2014

30 FADHILAT DAN KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMAD S.A.W



1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan
dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati,mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadap kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi
keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam
mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali setiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan
keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.
30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani