Syarat-syarat taubat:
1- Ikhlas ingin bertaubat.
2- Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi.
3- Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan.
5- Harus bertekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu lagi.
RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT TAUBAT
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Taubat
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah dari al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Selagi masih sempat bertaubat sebelum terlambat lakukan segera mungkin hari ini hari terakhir kita.
Solat
ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu
yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja
apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah.
Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah
diri...dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi.. kemudian
disusuli dgn solat tahajjud dsb...
Digalakkan utk dilakukan dalam
bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh
dilakukan sebanyak 2 rakaat .Lafaz Niat :
صَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja
Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT.Setelah membaca surah
al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun di rakaat pertama dan di rakaat
kedua pula Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.
Doa Sujud terakhir rakaat kedua.
لَا
إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ.
فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak.
Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau
Istighfar-Istighfar
1. 100 kali
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Aku
memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah,
Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat
kepadaNya.
2. Tiada had
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَظِيمِ
Tiada
keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk
menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.
3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ
Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku.
Doa Taubat
أَسْتَغْفِرُ
اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ
وَأَتُوبُ إِلَيْهِ تَوْبَةٍعَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا
وَلَا نَفْعًا وَلَا مَوْتَا وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُوْرَا
اللَّهُمَّ
أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ
وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ
شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ
بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Waktu melaksanakan taubat :
Waktu
di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu
makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2
pagi ke atas), semasa Qiyamullail.
dan waktu tak boleh laksanakan solat sunat adalah:
Fuqaha
Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan
sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah
jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
3.
Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai
sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
5.
Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah
langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada
di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
No comments:
Post a Comment